fbpx

Merajuk tak diajak ‘selfie’, pemuda cekik kekasih 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan suspek yang menghadiri sidang akhbar di Balai Polis Metro Jakarta Barat semalam. - Tribunnews

JAKARTA – Seorang pemuda berusia 20 tahun ditahan kerana mencekik kekasihnya di dalam lif selepas berang dia tidak diajak untuk merakam swafoto bersama-sama, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di sebuah hotel di Cengkareng, Jakarta Barat pada 11 Jun lalu.

Menurut Ketua Polis Cengkareng, Hasoloan Situmorang, suspek yang dikenali sebagai MB, mencekik mangsa kerana tidak diajak berswafoto pada majlis graduasi adiknya. 

MB turut mendakwa bahawa mangsa tidak pernah memuat naik gambarnya di media sosial. 

“Suspek berang kerana mangsa tidak mengajaknya semasa berswafoto dan tidak pernah memuat naik gambar mereka bersama,” kata Kompol. 

Kejadian itu dirakam oleh kamera televisyen litar tertutup (CCTV) lokasi kejadian dan tersebar luas di media sosial. 

“Suspek telah ditahan di rumah ibu bapanya di kawasan Ciledug, Tangerang Selatan,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI