fbpx

Media teruja sertai kejohanan golf anjuran Allianz Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Giulio (tengah) bergambar Bersama agensi media ketika menyertai kejohanan golf anjuran Allianz Malaysia di Kelab Golf Saujana, Shah Alam baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seramai 70 pemain daripada pelbagai agensi media teruja menyertai kejohanan golf kali ke-10 anjuran syarikat insurans terkemuka, Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) di Kelab Golf Saujana, Shah Alam baru-baru ini.

Ketua Pegawai Kewangan Allianz Malaysia, Giulio Slavich berkata, kejohanan tahunan itu bertujuan menyemai semangat kerjasama dengan media selain menghargai peranan mereka membina komuniti berilmu dan masyarakat yang peka kepada isu semasa.

“Kadang-kala kita terlepas pandang usaha dan cabaran yang media jalankan dalam tugas-tugas harian mereka dalam mengetengahkan isu-isu penting dan bagi syarikat korporat seperti kami, memfokuskan kepada nilai, inovasi dan pencapaian.

“Oleh yang demikian, kejohanan golf ini adalah cara kami untuk menzahirkan penghargaan kami kepada rakan-rakan media,” katanya dalam satu kenyataan.

Turut hadir pada kejohanan itu ialah Pengerusi Allianz Malaysia, Zakri Khir.

Menurut Giulio, kejohanan kali ini mendapat penyertaan paling ramai daripada tahun-tahun sebelumnya termasuk media, badan pengurusan kanan dan kakitangan Allianz Malaysia.

Antara media yang menyertai kejohanan itu termasuk Media Mulia, Media Prima, RTM, Kumpulan Karangkraf dan lain-lain.

Pada kejohanan itu, pemain dari Media Prima, Mahathir Mohd Sidi dinobatkan sebagai juara selepas mendapat 37 mata dalam perlawanan handicap of the day dan membawa pulang Pakej Harian Green Fee Full Flight Baucar Golf bernilai RM2,000.

Kategori pasukan pula dirangkul Ismadi Manap (RTM), James Morrison (Astro), Azizi Fikry (Sinar Harian) dan Wong Kok Leong (Allianz Malaysia) dengan jumlah markah 108 mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI