fbpx

Mayat mangsa terakhir perahu karam dijumpai timbul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota SAR mengangkat mayat mangsa yang dijumpai pagi tadi.

LUNDU – Mangsa terakhir tragedi perahu tambang karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit di sini dijumpai terapung pada awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Bomba Sarawak, Tiong Ling Hii berkata mayat Alsma Jithil, 14 yang merupakan pelajar tingkatan dua dijumpai oleh penduduk kampung pada pukul 6.38 pagi.

“Mayat mangsa dijumpai kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian dan diuruskan pasukan Pengawal Pantai Sarawak,” katanya.

Dua lagi mayat mangsa iaitu Vilkie Wilson, 15, dan Helena Fasha Petrus, 17, dijumpai semalam.

Mayat Vilkie dijumpai oleh penduduk kampung pada jarak 10 meter berhadapan Pusat Kawalan Bomba (PKB) pukul 11.58 pagi, manakala mayat Helena ditemui terapung pada pukul 5.30 petang di seberang hilir sungai, kira-kira satu kilometer dari PKB.

Dengan itu, mayat kesemua mangsa tragedi yang menyayat hati itu sudah ditemukan dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini dihentikan.

Dalam kejadian dilaporkan kira-kira pukul 6.30 pagi Selasa lalu, ketiga-tiga mangsa dilaporkan hilang selepas perahu yang dinaiki mereka karam di Sungai Kayan.

Ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa bersama-sama 15 orang lagi pelajar lain menaiki perahu untuk pergi ke sekolah di SMK Senibong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI