fbpx

Lelaki londeh seluar di ruang solat wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan lelaki yang memasuki ruang solat wanita dan melakukan aksi tidak senonoh. - Tribunnews

JAKARTA – Perbuatan seorang lelaki selamba melakukan aksi biadab terhadap jemaah wanita yang solat di dalam sebuah masjid mengundang kemarahan orang awam, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di sebuah masjid di Desa Gunungsari, wilayah Jawa Barat kelmarin. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) masjid memaparkan lelaki yang mengenakan pakaian hitam dan berseluar pendek itu memasuki ruang solat wanita. 

Dia menghampiri seorang jemaah yang sedang solat dan membuka seluarnya lalu melakukan aksi tidak senonoh.  

Kejadian itu disedari jemaah lain dan mereka cuba mengejar pelaku tetapi gagal. 

Rakaman itu menjadi tular dan tersebar luas di platform Whatsapp, Instagram, Facebook, dan TikTok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI