fbpx

Lawatan ke India raih potensi perdagangan bernilai RM8 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersama barisan jemaah menteri dan wakil India sebelum berangkat pulang ke Malaysia semalam.

PETALING JAYA – Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India selama tiga hari berjaya meraih potensi perdagangan sebanyak RM8 bilion.

Anwar menerusi hantaran Facebooknya berkata, potensi perdagangan tersebut merangkumi sektor minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit, bahan dan produk kimia, minyak dan gas, serta bahan alat ganti kapal terbang.

Katanya, secara keseluruhan, lawatan ke India mencapai objektif di mana perbincangan mendalam dan secara telus telah dilaksanakan antara Anwar dan Perdana Menteri India, Narendra Modi.

“Kami juga bersetuju untuk meningkatkan hubungan Malaysia-India ke tahap Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP).

“Penghargaan saya kepada Kerajaan India atas layanan sahabat juga kepada kementerian, agensi kerajaan, pihak Pesuruhjaya Tinggi serta rakan-rakan media yang bersama dalam memastikan lawatan ini berhasil,” tulisnya.

Terdahulu, Anwar tiba di Pangkalan Tentera Udara Palam di New Delhi, India pada Isnin bagi memulakan lawatan kerja rasmi selama tiga hari hingga Rabu ke negara berkenaan.

Untuk rekod, ini merupakan lawatan rasmi pertama Anwar ke India sejak menerajui kerajaan pada 2022 selain dilihat penting kerana menjadi jadi titik tolak Utama dalam mengeratkan hubungan dua hala kedua negara.

Pada lawatan rasmi itu, Anwar diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Digital Gobind Singh Deo; dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Dalam pada itu, sebelum berangkat pulang, Anwar juga sempat menerima kunjungan pemimpin-pemimpin Islam India antaranya Maulana Syed Ahmed Bukhari dari Jama Masjid dan Maulana Mahmood A. Maddani dari Jamiat Ulama-i-Hind.

Ujarnya, pertemuan tersebut memberi penekanan kepada peri penting keharmonian di antara kaum terutamanya di India selain berkongsi pandangan terkait isu terkini umat Islam di India. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI