fbpx

Keselamatan negara berada pada tahap tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin

PUTRAJAYA – Kerajaan memberi jaminan tahap keselamatan negara berada tahap tertinggi biarpun negara akhir-akhir ini digemparkan dengan pelbagai siri jenayah kekerasan dan kes berprofil tinggi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau juga mengulangi bahawa tahap kompetensi Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga berada pada tahap terbaik.

Beliau berkata, ia dibuktikan PDRM menerusi proses intipan sehinggalah berakhir dengan tindakan khususnya membabitkan kes jenayah berprofil tinggi seperti kes culik warga asing dan kes bunuh.

“Ia membabitkan kes culik warga China, kes culik kanak-kanak dari Johor, kes bunuh bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan kes bunuh Cikgu Istiqomah serta jenayah membabitkan warga asing,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa keselamatan orang awam sentiasa terjamin terutama dalam sebarang operasi bersakala besar digerakkan PDRM.

“Saya dimaklumkan, ada yang membangkitkan persoalan itu, termasuk sehingga menimbulkan kegerunan dan ketakutan awam.

“Saya ingin jelaskan, bila membabitkan operasi bersakala besar, berilah kepercayaan kepada polis yang telah dilatih khusus bab itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI