fbpx

‘Kerinduan’ orang UMNO diterjemah di Nenggiri – Dr. Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Akmal berucap pada ucapan sayap Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh menjelaskan, parti keramat Melayu itu boleh kembali bertakhta di hati rakyat terutamanya dalam kalangan undi orang muda seperti yang dibuktikan di Nenggiri apabila daripada 20 saluran orang muda, 18 berjaya ditawan.

Jelas beliau, ramai pemerhati politik di luar sana menganggap UMNO hadir ke Nenggiri sebagai ‘underdog’ dan tidak percaya dengan keupayaan dan kemampuan parti itu.

“Maklumlah, kita pergi ke Nenggiri, kawasan kalah, malah negeri Kelantan itu sendiri merupakan kubu kuat Pas. Tapi kita sebagai Pemuda, kita hadir dengan sebuah kepercayaan penuh tanpa ada sebarang keraguan sekalipun. Kita hadir dengan cara kita, berperang untuk menang!

“Nenggiri ini memberikan semangat baru kepada kita semua, bukan sahaja buat jentera Pemuda, tetapi juga jentera Wanita dan Puteri. Bagi saya, kali ini, kita benar-benar bergerak sebagai sebuah Keluarga UMNO yang besar.

“Terima kasih buat Datuk Seri Presiden atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada kami para pemuda untuk mewakili UMNO di Nenggiri,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sayap Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Tambah Akmal, kemenangan tersebut disifatkan sebagai ‘kerinduan’ orang-orang UMNO dan para pengundi untuk kembali memilih UMNO.

“Sebab itulah kita wajib yakin dengan kekuatan kita, percaya dengan kemampuan kita, tak perlu harap bantuan orang lain. Kitalah yang hendak perkuatkan parti kita, bukan rang lain.

“Nenggiri adalah bukti, bahawa selagi mana UMNO sanggup untuk berubah, kembali berpasak pada fitrah asal usulnya, benar-benar menjiwai roh perjuangannya, UMNO akan kembali disayangi rakyat,” jelasnya lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI