fbpx

KDN pandang serius bekas Ahli Parlimen jadi dalang tipu kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (tengah) bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay ketika sidang akhbar di Pusat Konvensyen Sime Darby hari ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius tindakan Agensi Antirasuah Bangladesh berkait empat bekas Ahli Parlimen negara itu yang didakwa mendalangi sindiket penipuan pekerjaan dengan nilai anggaran 24,000 crore taka Bangladesh (RM8.9 billion).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya akan meminta pihak berkuasa supaya memberikan laporan lengkap serta menyeluruh berhubung isu itu untuk tindakan lanjut.

Katanya, KDN menerusi Wisma Putra akan meminta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh supaya menyediakan maklumat terperinci dan terkini mengenai perkara tersebut.

“Tentunya saya akan berhubung dengan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) juga sebab pemberian kuota pengambilan tenaga kerja asing itu dikeluarkan oleh kementerian tersebut.

“Saya juga akan berurusan dengan agensi di bawah kementerian kami terutama Jabatan Imigresen kerana berurusan dalam pengeluaran visa yang mana ia adalah di bawah kawal selia kami,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan penutupan Dialog Khas II PDRM 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sime Darby di sini, hari ini.

Semalam, Dhaka Tribune menerusi sumber berkata, sindiket itu melibatkan bekas Menteri Kewangan, Mustafa Kamal; bekas Ahli Parlimen, Nizam Uddin Hazari, Benazir Ahmed dan Jeneral Bersara Masud Uddin Chowdhurry.

Laporan itu mendedahkan, sindiket itu bertindak menghantar 450,000 pekerja ke luar negara termasuk Malaysia dalam tempoh satu tahun seterusnya memaksa KDN memberi perhatian akan hal berkenaan.

“Di satu sisi dasar kita membenarkan pengambilan pekerja asing untuk memenuhi lima sektor kritikal di negara ini yang mana tanpanya ekonomi negara akan terjejas.

“Dalam proses untuk membawa masuk tenaga kerja asing ke dalam negara, hal sebegini dilaporkan berlaku maka sebagai Kementerian yang mempengerusikan bersama dengan Kesuma berkenaan pengurusan pekerja asing, berita tangkapan adalah perkara yang perlu kami beri perhatian segera dan serius,” ujarnya lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI