fbpx

‘Kalau berani lawan, 3 tahun lagi dah nak PRU’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina pada sidang akhbar di Dewan Merdeka WTCKL, Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan, tidak perlu timbul lagi soal cukup sokongan mahupun tidak, tunggu sahaja Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang hanya berbaki tiga tahun lagi.

Ketika ditanya mengenai isu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masih mengungkit berkenaan beliau yang sudah cukup SD ketika ceramahnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri baru-baru ini, Ketua Penerangan UMNO itu bekata, kalau berani lawan sahaja pada PRU16 nanti.

“Komen saya macam ni la, lawan sahaja di PRU nanti, berbaki dah dua setengah atau tiga tahun sahaja lagi. Negara kita demokrasi, kalau berani lawan sahaja,” katanya ketika sidang akhbar di Laman Media Perhimpunan Agong UMNO (PAU2024) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Kata beliau lagi, sebelum ini Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengalami kekalahan selepas Langkah Sheraton dibuat dan beliau berlapang dada berada di blog pembangkang ketika itu.

“Selepas Langkah Sheraton dibuat, Pakatan Harapan (PH) kembali sebagai pembangkang dan Datuk Seri (Anwar) ketika itu juga berlapang dada menerima keputusan Yang di-Pertuan Agong.

“Malah selepas Muhyiddin jatuh dan diganti Datuk Seri Ismail Sabri, beliau (Anwar) juga terima keputusan yang telah dibuat, dia tunggu dan lawan pada PRU15. Itu barulah ‘gentleman’.

“Jadi bagi saya hal ini, Agong kita telah buat keputusan yang terbaik bagi keamanan serta kestabilan kepada ekonomi negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI