fbpx

Jangan tangguh rawatan jika ada ruam, lepuh pada kulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) meningkatkan pengawasan dan aktiviti advokasi mengenai Mpox atau cacar monyet.

KKM menerusi hantaran di Facebook berkata, tindakan itu diambil selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Mpox sebagai kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa.

“KKM ingin menasihati individu yang mempunyai sejarah aktiviti berisiko dan gejala seperti ruam dan lepuh pada kulit untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan tanpa bertangguh.

“Elakkan bersentuhan secara langsung dengan individu yang dijangkiti dan cuci tangan sekiranya tersentuh objek tercemar.

“Langkah pencegahan kesihatan awam perlu diamalkan bagi mengelakkan penularan jangkitan Mpox,” katanya.

Sehubungan itu, KKM menasihatkan orang ramai untuk melakukan langkah pencegahan Mpox bagi mengelak dijangkiti wabak tersebut.

“Segera cuci tangan sekiranya tersentuh dengan objek atau permukaan tercemar. Elak sentuhan langsung dengan luka individu atau haiwan dijangkiti dan objek (contohnya, pakaian tercemar digunakan oleh pesakit).

“Pantau status kesihatan kendiri setiap hari untuk tanda dan gejala Mpox bagi tempoh selama 21 hari dari tarikh disyaki telah terdedah kepada kes Mpox,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI