fbpx

Ibu gagal selamatkan anak rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak lelaki ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Telisai, Lahad Datu malam tadi.

LAHAD DATU – Seorang kanak-kanak lelaki ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Telisai malam tadi.

Mayat Mohd Qalish Abdul Jumain, lapan tahun, ditemui rentung dalam salah satu ruang bilik rumah terbabit oleh anggota bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu pada pukul 9.46 malam.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kebakaran dilaporkan membabitkan sebuah rumah yang terbakar sepenuhnya.

“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 10.54 malam sebelum mendapati terdapat seorang kanak-kanak lelaki ditemui rentung sekitar pukul 10.59 malam di ruangan bilik.

“Mangsa dikatakan tinggal bersama 13 ahli keluarga lain namun sewaktu kejadian hanya kanak-kanak terbabit gagal diselamatkan sewaktu kebakaran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, ibu mangsa dikatakan cuba menyelamatkan anaknya namun gagal disebabkan api sudah semakin marak.

“Ibu mangsa hanya berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak lain yang turut berada di dalam kediaman sama sewaktu kejadian.

“Anggota bomba bertugas seterusnya mengeluarkan mayat mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI