fbpx

Hanya ada 105 SD, bukan 115 – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika sidang akhbar sempena Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – UMNO mendedahkan hanya 105 daripada 115 nama Ahli Parlimen yang sah menandatangani akaun bersumpah (SD) seperti didakwa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, 10 daripada mereka melakukan tandatangan bertindih membabitkan dua parti iaitu Barisan Nasional (BN) dan Bersatu.

“Jumlah sebenarnya ada 105 sahaja, ia tidak cukup untuk kerajaan. Setiap calon Parlimen BN menandatangani tiga dokumen.

“Satu, untuk serahkan kuasa sepenuhnya kepada pengerusi BN untuk membentuk kerajaan atau mewujudkan kerajaan campuran atau sebarang tindakan kearah pembentukan kerajaan,” katanya pada sidang akhbar Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

Ahmad Zahid memberitahu, dokumen kedua adalah berkaitan kerusi yang dimenangi merupakan kepunyaan parti bukannya milik individu.

“Bagi dokumen ketiga, jika mereka keluar parti atau menyokong pihak lain, mereka mesti membayar penalti sebanyak RM100 juta.

“Tiga dokumen ini ditandatangani dengan rakaman video di hadapan pesuruhjaya sumpah dan tiga peguam. Jadi bagaimana kalau berlaku ‘gila talak’, (Muhyiddin) itu mahu menafikan situasi yang sebenarnya,” katanya.

Jelasnya, SD yang ditandatangani 10 Ahli Parlimen BN tidak sah kerana mereka terikat dengan tiga dokumen tersebut sewaktu watikah pelantikan calon diberikan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI