fbpx

Guna ‘forklift’ angkut diesel subsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Forklift yang digunakan untuk mengangkut diesel turut disita dalam serbuan di Bukit Mertajam, semalam.

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang mematahkan cubaan penyelewengan bahan api diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 di sebuah premis pembekalan perkhidmatan sewaan jentera berat Bukit Mertajam di sini, semalam.

Pengarahnya, S.Jegan berkata, ketika serbuan, didapati sebuah kenderaan jenis ‘forklift’ baru selesai memindahkan cecair yang disyaki minyak diesel dari tangki asal ke dalam tong ‘Intermediate Bulk Container’ (IBC) berkapasiti 1,000 liter.

“Kenderaan terbabit bersama dua unit tangki IBC, satu unit hos paip dan motor pam termasuk beberapa dokumen berkaitan disita untuk siasatan serta tindakan selanjutnya.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk 1,650 liter minyak diesel dianggarkan berjumlah RM51,045,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenalpasti individu mahupun syarikat yang terlibat dalam aktiviti atau rantaian pengedaran minyak diesel termasuklah sumber minyak diesel diperolehi dan edaran mana-mana pihak tidak bertanggungjawab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN