fbpx

Gempar dugong muncul di lokasi pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dugong dewasa ini muncul di perairan Pantai Rawai. - Facebook

BANGKOK – Sebuah video tular di media sosial Thailand memaparkan kelibat seekor dugong berenang berhampiran Jambatan Rawai yang sibuk di Pulau Phuket, lapor laman berita Thaiger semalam.

Klip video berdurasi 41 saat yang disiarkan di laman Facebook Pusat Info Phuket itu menunjukkan makhluk laut tersebut berenang di perairan Pantai Rawai, sebuah destinasi pelancongan yang popular.

Video dirakam kelmarin itu menyebabkan Timbalan Datuk Bandar daerah kecil Rawai, Nikorn Papakityotsaphat melawat lokasi berkenaan.

Beliau kemudian mengesahkan bahawa ia merupakan dugong dewasa yang berkemungkinan mencari makanan di kawasan itu.

“Penampakan dugong ini menunjukkan bahawa terdapat banyak rumpai laut di kawasan Rawai yang menarik perhatian mamalia laut ini,” ujar Nikorn.

Beliau selain itu menggesa pengusaha bot supaya berhati-hati apabila melalui kawasan itu bagi melindungi haiwan berkenaan.

Sementara itu, ahli biologi marin, Kongkiat Kittiwatanawong menyatakan bahawa dugong itu berkemungkinan berhijrah dari Laut Andaman berhampiran wilayah Trang.

Menurut Kongkiat, kepupusan rumpai laut di Trang boleh mendorong dugong untuk meneroka habitat baharu. 

Beliau mendedahkan bahawa data terkini menunjukkan sehingga sembilan ekor dugong dipercayai sering berkunjung ke Pantai Rawai walaupun ia mungkin hanya sementara.

Ini kerana rumpai laut tidak mencukupi untuk menampung kumpulan yang lebih besar. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI