fbpx

Eropah pesan 440,000 dos vaksin mpox

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUMPANG berjalan melintasi poster kesedaran mpox di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Anna, Chennai semalam. – AFP

COPENHAGEN – Pengeluar ubat Denmark, Bavarian Nordic menandatangani kontrak membekalkan sebanyak 440,000 dos vaksin mpox (cacar monyet) kepada ‘negara-negara Eropah yang tidak didedahkan’.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada minggu lalu mengisytiharkan penularan pantas strain baharu mpox lebih berbahaya dinamakan  Clade 1b.

“Pesanan  terbaharu ini dirancang sebagai sebahagian daripada unjuran asal kami untuk tahun 2024 dan oleh itu, ia tidak akan menjejaskan kapasiti sedia ada bagi menyokong kerajaan dan organisasi dalam menangani darurat kesihatan awam mpox seperti yang telah diisytiharkan oleh WHO,”  kata Ketua Pegawai Eksekutif Bavarian Nordic, Paul Chaplin kelmarin.

Menurutnya, Bavarian Nordic bersedia membekalkan sehingga 10 juta dos vaksin mpox menjelang akhir 2025.

Ia seiring saranan WHO supaya pengeluaran vaksin itu dipertingkatkan, manakala kempen vaksinasi mesti menjadi keutamaan negara-negara  yang terjejas.

Minggu lalu, agensi kesihatan Kesatuan Afrika berkata, kira-kira 200,000 vaksin mpox  akan dihantar ke seluruh Benua Afrika, hasil perjanjian bersama EU dan Bavarian Nordic. Vaksin mpox syarikat itu telah diluluskan pada 2019.

Minggu ini pula, Perancis mengumumkan akan menderma sebanyak 100,000 dos vaksin mpox kepada negara-negara  terjejas akibat wabak mpox. Amerika Syarikat  akan mendermakan  50,000 dos vaksin mpox kepada Republik Demokratik Congo  yang melaporkan lebih  16,700 kes dan 570 kematian akibat penyakit itu tahun ini.

Pada 15 Ogos lalu,  Sweden melaporkan kes pertama Clade 1b di luar Benua Afrika. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI