fbpx

EPL: Foden dinobat pemain terbaik PFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FODEN mempamerkan aksi cemerlang sepanjang musim lalu untuk dinobatkan selaku pemain terbaik PFA. - AFP

LONDON – Perancang Manchester City, Phil Foden menerima pengiktirafan berprestij apabila memenangi Anugerah Pemain Terbaik Persatuan Pemain-Pemain Profesional (PFA) pada musim 2023/2024 yang lepas.

Foden yang berjaya menjaringkan 19 gol untuk membantu City menjuarai trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali keempat berturut-turut mengakui trofi yang diterima memberi makna besar dalam kariernya.

“Saya sangat gembira apabila diberikan pengiktirafan besar daripada rakan-rakan pemain profesional yang lain. Ia bukanlah sesuatu yang mudah tetapi saya menghargai setiap undian yang diberikan kepada saya.

“Secara jujur, segalanya tidak akan tercapai tanpa sokongan pengurus pasukan, Pep Guardiola, barisan kejurulatihan dan rakan-rakan sepasukan yang membantu saya untuk kekal konsisten sepanjang musim lepas.

“Namun, saya tidak mahu terlalu menoleh ke belakang kerana saingan musim baharu sudah bermula dan fokus kini adalah untuk memastikan sejarah terus dapat dilakar dengan mempertahankan gelaran liga nanti,” kata pemain berusia 24 tahun itu.

Pada penghujung musim lepas, Foden telah menerima Anugerah Pemain Terbaik Tahunan anjuran Persatuan Penulis-Penulis Sukan (FWA) dan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sementara itu, bintang sensasi Chelsea, Cole Palmer menepati ramalan apabila meraih Anugerah Pemain Muda Terbaik PFA selepas menjaringkan 22 gol musim lepas.

Kejayaan Foden dan Palmer menyaksikan dua anugerah berprestij itu didominasi oleh pemain England buat kali pertama sejak edisi 2009/2010 dengan trofi utama dimenangi oleh Wayne Roone manakala James Milner menerima trofi pemain muda terbaik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI