fbpx

Empat lelaki didakwa edar dadah 59.58kg bernilai lebih RM10 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIVEEN (kiri), Wei Hao (dua dari kiri), Chien Yaeh (baju merah) dan Shaw Jie (kanan) dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mengedar dadah di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis MDMA seberat 59,581 gram (g), minggu lalu.

Tertuduh, Chu Chien Yaeh, 36, Lo Shaw Jie, 26, S. Jiveen, 39, dan Pui Wei Hao, 31, mengangguk faham bagi pertuduhan itu, namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret, R. Salini.

Mereka berempat didakwa bersama-sama mengedar dadah itu pada pukul 12.30 pagi, 12 Ogos lalu di sebuah pangsapuri di Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, di sini.

Oleh itu, mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ameerah Allaudeen, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan kerana pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B.

Mahkamah menetapkan 20 November iin untuk sebutan semula kes.

Pada Isnin lalu, Kosmo! melaporkan Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak Mei lalu dengan menahan tujuh individu dan merampas pelbagai jenis dadah melebihi 60 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai lebih RM10 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI