fbpx

Dua lagi ditahan kes berbual dadah, dakwa hanya bergurau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular empat individu berbual mengenai dadah menerusi siaran langsung di aplikasi media sosial, baru-baru ini.

MELAKA – Seorang remaja lelaki dan wanita ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam rakaman video tular di media sosial yang menunjukkan perbualan empat individu berkaitan dadah.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, kedua-dua mereka yang berusia 17 dan 18 tahun ditahan kira-kira pukul 6 petang di Batu Berendam serta sekitar Jasin, semalam.

Ujarnya, hasil soal siasat mendapati perbualan oleh individu terlibat adalah rentetan daripada sebuah filem ditonton yang memaparkan adegan berkaitan penyalahgunaan dadah.

“Semalam satu penafian penyalahgunaan dadah telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul oleh salah seorang individu terlibat dalam perbualan tular berkaitan dadah semasa siaran langsung TikTok.

“Polis Melaka turut menahan dua individu dan mereka mendakwa perbualan itu adalah rentetan sebuah filem ditonton serta sekadar gurauan bersama rakan-rakan sahaja,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambahnya, semakan rekod juga mendapati kesemua mereka tidak mempunyai sebarang kesalahan jenayah lampau.

“Wanita terbabit juga telah membuat satu laporan polis untuk keselamatan diri kerana telah menerima kecaman daripada netizen selepas klip video diviralkan.

“Kes telah dirujuk ke Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (MCMC) untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Semalam Kosmo! melaporkan polis sedang menjalankan siasatan berkaitan rakaman video tular di media sosial yang menunjukkan perbualan empat individu dipercayai berkaitan dadah.

Terdahulu, video perbualan empat individu terbabit tular selepas dua daripada mereka didakwa menunjukkan satu plastik berwarna lut sinar dan botol air didakwa peralatan menghisap dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI