fbpx

Doktor senior buli junior makan 5 bungkus nasi padang akan disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kementerian Kesihatan Indonesia akan menyiasat pelaku kes-kes buli melibatkan Program Pendidikan Doktor Pakar (PPDS). - Getty Images

JAKARTA – Kementerian Kesihatan Indonesia akan memanggil semua individu terlibat dalam kes buli doktor pakar junior, yang mendakwa mereka dipaksa makan lima bungkus nasi padang, lapor laman berita Detik.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Azhar Jaya berkata, pihaknya akan menyiasat pelaku kes tersebut dan kes-kes buli lain melibatkan Program Pendidikan Doktor Pakar (PPDS).

“Kami akan selesaikan isu tersebut. Mengenai kes nasi padang, kami akan memanggil semua pihak terlibat.

“Kami sudah mempunyai nama-nama individu yang didakwa pelaku (pembuli),” kata Azhar.

Sebelum itu, sebuah hantaran tular di media sosial menunjukkan tangkap layar perbualan aplikasi WhatsApp yang didakwa dihantar oleh seorang doktor pakar senior kepada juniornya.

Pelaku memaksa beberapa mangsa makan lima bungkus nasi padang dan merakam perbuatan mereka sebagai bukti.

“Nasi padang penuh. Lauknya ulam nangka, telur, ayam. Jumlahnya lima bungkus setiap orang.

“Kongsi video anda semua makan lima bungkus nasi setiap seorang di sini pada pukul 2 petang (waktu tempatan). Faham?” kata perbualan tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI