fbpx

Disindir persendakan perceraian, Adira ‘pekakkan telinga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adira enggan melayan kritikan ramai kononnya dia mempersendakan institusi perkahwinan.

PETALING JAYA – Keputusan penyanyi Adira Suhaimi yang ingin berbaik semula dengan bekas suami iaitu Datuk Red mengundang kecaman netizen sehingga ada sebilangan pihak mendakwa dia seperti mempermainkan institusi perkahwinan.

Kata Adira atau nama Siti Adira Suhaimi, 32, dia menyedari ada segelintir pihak yang bersikap seperti menyindir dirinya kerana memilih untuk berbaik semula dengan Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu, 47, selepas habis tempoh idah.

“Ada orang akan cakap macam itu, tetapi hanya saya saja yang melalui fasa perceraian itu. Semua yang berlaku hanya saya saja yang tahu.

“Mereka tidak bersama dengan saya sepanjang tempoh (idah) itu. Mereka berkata begitu berdasarkan apa yang dilihat.

“Saya yakin mereka tiada niat untuk mengkritik atau mengata saya. Bagi saya itu semua hanya kata-kata orang saja,” katanya kepada Kosmo! Online.

Penyanyi lagu Ilusi itu turut mengakui dia tidak mengambil hati dengan kritikan mahupun kecaman yang dilontarkan kepadanya melibatkan keputusan berbaik semula dengan Red.

“Saya tahu ada pihak yang berkata begitu, tetapi saya tidak ambil peduli.

“Bagi saya, tiada sebab untuk ambil hati dengan cakap-cakap orang begitu kerana mereka hanya tahu bercakap, tetapi saya yang merasainya,” katanya.

Terdahulu, Adira dan Red bercerai talak satu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang selepas sembilan tahun berkahwin.

Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI