fbpx

Daerah Pendang paling serius masalah dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Beberapa daerah khususnya di Pendang, Kedah dilaporkan kawasan paling serius masalah penyalahgunaan dadah dengan nisbah melebihi 1,000 orang berbanding 432 orang bagi setiap 100,000 penduduk.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, nisbah itu diperoleh hasil pemetaan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pusat Pemulihan Narkotik Swasta.

Katanya, pihaknya mendapati Pendang merekodkan nisbah 1,333 daripada 100,000 penduduk, diikuti dengan Machang, Bachok di Kelantan serta Besut, Dungun, Marang dan Kemaman, di Terengganu.

“Apabila kita buat ‘mapping’ yang paling serius bagi penagihan dadah di Pendang, Kedah dengan jumlah 1,333 orang,” katanya pada sidang akhbar selepas PDRM Special Dialogue II di Sime Darby Convention Centre, di sini, hari ini.

Saifuddin berkata, faktor demografi antaranya taraf pendidikan, pekerjaan dan pendapatan isi rumah merupakan penyumbang terbesar kepada peningkatan penyalahgunaan dadah di kawasan-kawasan terbabit.

“Data yang kita dapat ini sangat granular, ia berdasarkan latar belakang, kaum dan taraf pendidikan serta pendapatan isi rumah.

“Kita dapati kelompok ramai yang terlibat ialah daerah hampir 100 peratus komuniti Melayu. Kedua tahap pekerjaan swasta dan penganggur iaitu 56 peratus.

“Tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) paling tinggi. Maknanya angka kelayakan dia minimum SPM manakala kelompok B40 hingga M40 (bawah) direkodkan ramai terlibat,” ujarnya.

Jelasnya, beberapa pendekatan akan diambil bagi menangani isu tersebut antaranya aktiviti dan program menerusi agensi-agensi berkaitan.

“Dalam tempoh enam bulan ini, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi akan merancang beberapa pendekatan dan menggerakkan agensi terlibat. Enam bulan selepas itu kita akan menilai sama ada program dilaksanakan berjaya atau perlu ditambah baik,” katanya.

Mengulas mengenai program hari ini, beliau melihat program sedemikian antara inisiatif mengumpulkan sumber idea serta pandangan dari sudut narkotik yang makin kompleks dan seluruh keupayaan kepakaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI