fbpx

Cristiano Ronaldo sekali lagi pecah rekod dunia, 1 juta pelanggan dalam 90 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cristiano Ronaldo (kanan) bersama Georgina ketika pelancaran YouTubenya semalam. - Youtube/UR

MADRID – Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo memecahkan rekod dunia apabila mendapat 10 juta pelanggan beberapa jam selepas melancarkan saluran YouTubenya semalam, lapor akhbar Times of India. 

Dia memecahkan rekod dunia saluran YouTube paling pantas mendapat 10 juta langganan.

Bahkan, Ronaldo memperoleh lebih 1 juta pelanggan dalam tempoh kurang 90 minit. 

Jumlah itu melonjak melepasi 6 juta enam jam kemudian. 

Pencapaian Ronaldo itu mengatasi pemegang rekod sebelumnya milik Hamster Kombat yang mengambil masa tujuh hari untuk pencapaian serupa. 

Saluran YouTube Ronaldo kini memiliki hampir 12 juta pelanggan dan dijangka terus meningkat. 

“Penantian telah berakhir. Saluran @YouTube saya akhirnya di sini! Sila langgan  dan sertai saya dalam perjalanan baharu ini,” kata Ronaldo menerusi catatan di laman X. 

Ronaldo mempunyai 112.5 juta pengikut di platform X, 170 juta di Facebook dan 636 juta di Instagram. 

Pemenang lima kali anugerah Ballon D’Or berusia 39 tahun itu meneruskan karier bola sepaknya  bersama kelab Liga Profesional Arab  Saudi, Al Nassr. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI