RIYADH – Pemain bola sensasi dunia,Cristiano Ronaldo memecah rekod lagi apabila membuka akaun YouTube miliknya malam tadi memiliki lebih sejuta pengikut kurang daripada 90 minit dibuka.
Ia, sekali gus, memecahkan rekod dunia langganan diperoleh terbanyak dalam tempoh sejam.
Platform baru Ronaldo itu dibuat untuk memberikan peminat gambaran sekilas mengenai kehidupan yang dijalaninya bersama kekasihnya, Georgina Rodriguez.
Dalam masa empat jam, saluran barunya itu telah mencecah lebih empat juta pengikut, lapor portal berita.