fbpx

Bekas jurulatih boling bebas tuduhan ‘pegang’ atlet lelaki Sukma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mat Salleh (tiga dari kanan) bersama barisan peguamnya selepas dibebaskan daripada pertuduhan mencabul seorang atlet Sukma di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas jurulatih boling daripada hukuman penjara 18 bulan atas pertuduhan mencabul atlet lelaki Sukma (Sukan Malaysia) Terengganu tujuh tahun lalu.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan membebaskan Mat Salleh Jalani, 61, selepas pihak pembelaan berjaya menyangkal kes prima facie yang dikemukakan pihak pendakwaan.

Berdasar pertuduhan, warga emas itu didakwa mencabul kehormatan mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di daerah ini pada pukul 5 petang, Mei 2017.

Mengikut fakta kes, perbuatan cabul itu didakwa berlaku sewaktu mangsa sedang mengikuti kem latihan bagi menghadapi Sukma 2018.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu jika sabit kesalahan.

Sebelum ini Mat Salleh dihukum penjara 18 bulan atas kesalahan tersebut oleh Mahkamah Majistret pada Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI