fbpx

Banyak pusat tahfiz lari daripada tujuan asal – Caprice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Caprice kembali menghangatkan termometer dunia hiburan dengan pandangan sensasinya berhubung eksploitasi rumah tahfiz.

TULAR satu video dalam media sosial yang menunjukkan sekumpulan anak yatim dipercayai di Sabah bermain permainan Player Knockout bersama beberapa wanita berpakaian seksi dalam TikTok.

Klip berkenaan menjadi bualan kerana turut kelihatan dalam video itu seorang pendakwah yang aktif berkongsi video dalam aplikasi TikTok.

Enggan mencetuskan fitnah terhadap Islam, penyanyi rap Caprice meminta agensi berkaitan agama agar mengenakan tindakan terhadap pengurusan segelintir pusat tahfiz yang sepertinya mempergunakan penghuni iaitu kanak-kanak demi mahu mengejar ‘likes’.

Katanya, terlampau banyak pusat tahfiz yang lari daripada tujuan asal penubuhannya, sekali gus perlu diberi perhatian serta tindakan lanjut.

Netizen turut menyokong saranan penceramah bebas itu selain mendakwa pernah menonton sesi langsung individu dimaksudkan Caprice yang didakwa bersikap angkuh apabila ditegur.

MIZZ LAHAR: Tahniah kalau betul Hafidz Roshdi dan isteri bakal timang cahaya mata.


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI