fbpx

Agytek tawar perkhidmatan unik, sedia penyelesaian digital bersepadu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wang (tengah), dan Penasihat Khas Kumpulan Yayasan Al-Bukhary, Datuk Seri Abdul Aziz Shahar (paling kiri), dan rakan strategik pada Majlis Pelancaran Agytek, di Hotel Hilton, hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

PETALING JAYA- – Agytek Sdn. Bhd. (Agytek) secara rasminya dilancarkan hari ini yang menawarkan pengkhususan dalam kecerdasan industri digital dan penyelesaian menyeluruh untuk perusahaan pembuatan.

Syarikat inovator baharu dalam teknologi digital itu ditubuhkan melalui kerjasama strategik antara Altel Group Sdn. Bhd., anak syarikat Kumpulan Tradewinds dari Malaysia, dan GYMD Digital Technology, anak syarikat Kumpulan Geely dari China.

Menurut penggerak utama Agytek, Tiger Wang, penubuhan syarikat tersebut bertujuan membina ekosistem digital yang kukuh di Malaysia dan menjadikan negara ini sebagai hab kecerdasan industri digital di Asia Tenggara.

“Walaupun baru ditubuhkan pada Mac 2024, Agytek dengan cepat telah membina kedudukan kukuh dalam pasaran digital Malaysia.

“Perkhidmatan utama syarikat ini termasuk konsultasi transformasi digital perusahaan, penyelesaian permulaan yang pantas dan penghantaran projek digital secara tangkas,” katanya  ketika berucap pada Majlis Pelancaran Agytex di Hotel Hilton, Petaling Jaya, di sini hari ini.

Tiger berkata, beliau percaya perkhidmatan unik yang ditawarkan oleh Agytek terutamanya dalam menyediakan penyelesaian digital bersepadu akan membuka banyak peluang kerjasama antara agensi kerajaan dan sektor swasta di Malaysia.

“Agytek bersedia untuk menjadi pemain utama dalam industri digital dengan memanfaatkan kejayaan dalam transformasi digital di 11 industri utama yang diperkukuhkan dengan kepakaran teknikal.

“Kami menyokong tadbir urus digital global dengan menawarkan penyelesian industri menyeluruh yang terbaik.

“Antaranya untuk perusahaan pembuatan, automotif, logistik dan sektor berteknologi tinggi yang lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI