fbpx

Wanita buat hantaran maki hamun di Tik Tok didenda RM4,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eni Nooryani (tengah) didenda RM4,500 kerana menghantar hantar jelik di aplikasi Tik Tok di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Gara-gara membuat hantaran jelik memaki hamun menerusi platform Tik Tok tahun lalu, seorang wanita didenda sebanyak RM4,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli memerintahkan demikian selepas tertuduh, Eni Nooryanie Mohamad, 42, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Tertuduh didakwa membuat penghantaran bersifat jelik menerusi Tik Tok pada pukul 10 malam, 25 April 2023. Hantaran menyakitkan hati itu dibaca seorang anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pada keesokan harinya.

Eni Nooryani didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI