fbpx

[VIDEO] Dua kanak-kanak seronok main selit selipar celah pintu lif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV terbabit yang tular di media sosial, sejak malam tadi.

PETALING JAYA – “Bahaya! Anak siapa pula seronok main selit selipar celah lif ini?“.

Demikian antara reaksi yang diberikan orang ramai berhubung rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, hari ini.

Rakaman yang dikongsikan pengguna Facebook, Gee Sari itu memaparkan tindakan dua orang kanak-kanak lelaki berkenaan meletakkan selipar ditengah-tengah pintu lif beberapa kali sebelum operasi lif tersebut terhenti.

“Laporan kerosakan daripada pihak lif (fujitec). Lift di blok 59 berjalan dengan baik dan tiada kerosakkan. Akan tetapi disebabkan vandalisme akibat daripada kanak-kanak tersebut meletakkan objek selipar di tengah-tengah pintu lif menyebabkan sistem ‘auto-lock’ diaktifkan.

“Di sini juga dilampirkan gambar kanak-kanak tersebut merosakkan lif sehingga tidak berfungsi. Rujukan gambar dan video disediakan sekali. Terima kasih,” kata Gee Sari dalam hantarannya, malam tadi.

Di ruangan komen, ramai mengaitkan rakaman tular itu dengan kejadian yang menimpa dua orang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan terperangkap selama 11 jam di dalam lif di sebuah pangsapuri dekat Desa Petaling, Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Bagaimanapun, belum ada sebarang pengesahan yang diberikan pihak berkuasa berhubung dakwaan tersebut.

Sementara itu, perkongsian Gee Sari turut mendapat perhatian ramai dan pelbagai reaksi ditinggalkan di ruangan komen.

“Budak-budak memang otaknya suka bereksperimen, lagi-lagi yang terdedah dengan gajet, laju sahaja otak buat kerja. Kena ada pemantauan daripada mak ayah, jangan biarkan mereka (keluar) sendiri,” tegur Najiah Zaidi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI