fbpx

Thailand catat kes pertama mpox strain baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thongchai bercakap semasa sidang akhbar di Bangkok hari ini. - AFP

BANGKOK – Thailand melaporkan kes pertama mpox disyaki varian baharu yang lebih berbahaya, selepas wabak itu diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai darurat kesihatan awam global.

Pesakit tersebut mendarat di Bangkok pada 14 Ogos lalu dan dihantar ke hospital dengan gejala mpox pada pagi berikutnya, kata ketua Jabatan Kawalan Penyakit Thailand, Thongchai Keeratihattayakorn.

Ujian makmal sedang dijalankan untuk mengesahkan strain tersebut tetapi pegawai percaya ia berasal daripada Clade 1.

Individu yang dijangkiti tersebut merupakan seorang warga Eropah berusia 66 tahun. Dia pergi ke Thailand dari negara Afrika dan kini dikuarantin.

“Kami telah melakukan ujian dan ia disahkan mpox. Apa yang pasti, ia bukan Clade 2,” kata Thongchai kepada AFP.

“Kami yakin pesakit tersebut mengalami varian Clade 1 tetapi kami perlu menunggu untuk melihat keputusan akhir di makmal selama dua hari lagi,” ujarnya.

Tambah Thongchai, pegawai kesihatan turut memantau 42 individu lain yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit itu. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI