fbpx

Teksi air, ‘cruise tasik’ percuma 31 Ogos di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Teksi Air Putrajaya boleh dinaiki secara percuma pada 31 Ogos sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2024 bermula pukul 5 pagi sehingga 12 tengahari. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Perkhidmatan teksi air adalah antara mod pengangkutan yang disediakan bagi memudahkan orang ramai hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, sebanyak enam buah teksi air dan tiga ‘cruise’ tasik disediakan secara percuma untuk orang awam hadir menyaksikan sambutan hari berkenaan.

Menurutnya, orang awam boleh menaiki teksi air di dua laluan iaitu Laluan 1 membabitkan Jeti Ayer 8 – Jeti Monumen, manakala Laluan 2 pula ialah Jeti Kelab Tasik – Jeti Monumen.

“Bagi laluan 3 (cruise tasik) pula adalah Jeti Marina – Jeti Anjung Floria. perkhidmatan itu ditawarkan percuma bermula pukul 5 pagi hingga 12 tengah hari 31 Ogos sahaja,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI