fbpx

Sukma 2024: Masa depan skuasy negara cerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN U. Thanusaa (kanan) dan Goh Zhi Xuan tamatkan kemarau 30 tahun Melaka untuk memenangi pingat emas di Sukma.

KUCHING – Bekas jaguh skuasy negara, Sharon Wee puas dan gembira apabila gandingan U. Thanusaa dan Goh Zhi Xuan berjaya menamatkan kemarau 30 tahun Melaka untuk memenangi pingat emas di Sukan Malaysia (Sukma).

Sharon berpendapat paling utama adalah Sukma menjadi pentas buat mana-mana pemain untuk menyerlahkan bakat yang dimiliki.

“Saya gembira dengan kejayaan mereka dan bagi saya, perkembangan ini sesuatu yang bagus kepada perkembangan sukan skuasy. Ini kerana kita mahu lebih lebih ramai lagi pemain yang bawa cabaran negara.

“Jadi saya juga harap kejayaan ini akan membangkitkan lagi semangat mereka untuk terus berusaha jadi lebih baik,” katanya.

Dalam aksi beregu wanita kelmarin, Thanusaa dan Zhi Xuan berjaya mengesahkan kilauan emas apabila berjaya tewaskan wakil Sabah, Yee Xin Ying dan Doyce Lee Ye San 9-11, 11-6 dan 11-6.

Kali terakhir Melaka memenangi pingat emas acara skuasy di Sukma adalah menerusi Sharon Wee pada edisi 1994 di Perak. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI