fbpx

Sukma 2024: Acara silat berlangsung di stadium kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERANCAKAN saingan silat Sukma 2024 di Stadium Bandaraya, Miri terganggu selepas berlaku insiden baling botol ke gelanggang. - Gambar Hiasan

KUCHING – Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) mengambil keputusan drastik apabila melarang kemasukan penyokong ke venue pertandingan silat Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Stadium Bandaraya, Miri.

Dalam masa sama, pesilat Wilayah Persekutuan, Nurin Alyaa Damia Mohd Masran turut diberikan kemenangan untuk melayakkan diri ke separuh akhir kategori Bawah 45 kilogram (kg).

“Pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) akan menambah anggota di venue pertandingan. PESAKA Malaysia memutuskan tiada penyokong dibenarkan masuk ke venue sehingga tamat kejohanan pada 23 Ogos.

“Hanya kontinjen, petugas dan tetamu yang mempunyai kad akreditasi sahaja dibenarkan masuk. Baki perlawanan hari ini akan ditangguhkan dan disambung esok jam 8.30 pagi.

“Perlawanan diantara Wilayah Persekutuan dan Sarawak kategori Puteri Bawah 45kg telah dibatalkan dan kemenangan berpihak kepada Wilayah Perekutuan,” menurut keputusan mesyuarat tergempar Majlis Sukan Negara Malaysia, hari ini.

Pihak PESAKA Malaysia akan melakukan siasatan selepas mesyuarat Exco yang akan diadakan selepas Sukma Sarawak 2024.

Terdahulu, kerancakan gelanggang silat Sukma 2024 sedikit terencat selepas berlaku kekecohan membabitkan kejadian baling botol ke dalam gelanggang. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI