fbpx

Sudahlah tiada permit, berani pula kendali makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 11 warga asing dicekup atas pelbagai kesalahan di gerai medan selera sebuah pusat beli-belah di Seberang Jaya, semalam.

SEBERANG PERAI – Seramai 11 pengendali makanan warga asing dicekup selepas gagal mengemukakan permit yang sah dan melanggar syarat-syarat pas lawatan dengan bekerja di gerai makanan di sebuah pusat beli-belah di Seberang Jaya, di sini.

Tindakan individu terbabit terdiri 10 lelaki dan seorang wanita itu terbongkar selepas satu serbuan dilakukan Bahagian Penguat kuasa Imigresen Pulau Pinang dalam siri Ops Selera, semalam.

Menerusi kenyataan Jabatan Imigresen (JIM) Pulau Pinang, seramai 27 pengendali makanan yang bekerja di gerai-gerai terbabit telah diperiksa.

“Hasilnya, seramai 11 pekerja warga asing ditangkap atas pelbagai kesalahan iaitu tidak mempunyai pas yang sah dan ada di antara mereka melanggar syarat-syarat pas apabila bekerja di sektor berlainan daripada kelulusan yang diberikan.

“Mereka yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun itu terdiri daripada warga Bangladesh, Nepal dan Indonesia,” katanya, di sini hari ini.

Jelas kenyataan itu, siasatan dijalankan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Selain daripada itu, beberapa saman turut dikeluarkan kepada pekerja warga tempatan untuk hadir bagi membantu siasatan dan tindakan lanjut ke atas pemilik perniagaan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI