RENTETAN heboh kes penderaan isteri yang dilakukan seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat, nama pelakon Rizky Billar turut dipetik netizen.
Perkara itu gara-gara komen seorang individu dalam berita membabitkan pempengaruh, Cut Intan Nabila yang dibelasah suami ketika masih dalam pantang.
Secara melulu, seorang pemilik akaun mengheret nama isteri Rizky iaitu Lesti Kejora yang pernah dikasari suami pada tahun 2022.
Tidak menunggu lama, aktor berusia 29 tahun itu bertindak membalas komen tersebut dengan meminta jangan menyamakannya dengan Armor Toreador.
Bahkan kata bapa kepada seorang anak itu, tiada bukti dia pernah memukul isteri biarpun Lesti telah menggugurkan dakwaan tersebut.
Perkahwinan mereka pernah bergolak sebelum ini, tetapi hubungan pasangan terbabit semakin utuh malah Lesri kini hamil anak kedua.