fbpx

Skuter terbabas, penunggang terperangkap bawah bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan pasukan penyelamat cuba mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah bas. - A Nui

HANOI – Pihak berkuasa di Da Nang melancarkan usaha menyelamat semalam selepas seorang wanita Korea Selatan terjatuh daripada skuternya dan terperangkap di bawah sebuah bas, lapor laman berita VN Express.

Wanita itu menunggang skuter sekitar pukul 4.20 petang (waktu tempatan) di Jalan Hoang Sa, hujung Semenanjung Son Tra.

Ketika menghampiri selekoh, dia terbabas, terjatuh dan terpelanting di bawah sebuah bas dengan 45 tempat duduk, yang bergerak di laluan bertentangan.

Mangsa bernasib baik kerana bas itu berhenti sebelum menggilisnya. 

Namun, mangsa terperangkap di bawah tayar bas berkenaan.

Pihak bomba dan polis mengerahkan dua kenderaan ke lokasi kejadian.

Usaha menyelamat mangsa mengambil masa lebih 10 minit.

Wanita itu dibawa ke hospital berdekatan dengan mengalami berbilang kecederaan.  – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI