fbpx

Enam staf mahkamah Shah Alam parah bas terjunam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bas di lokasi kejadian

KUALA LANGAT – Perjalanan 19 kakitangan Mahkamah Shah Alam ke kursus keselamatan di Morib bertukar tragedi apabila enam daripada parah selepas bas yang dinaiki terbabas ke dalam parit sedalam dua meter di Jalan Simpang Morib, Kampung Kelanang di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, pemandu bas yang juga kakitangan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) tersepit di bahagian pemandu.

Kesemua mangsa yang parah termasuk empat wanita berusia 30 hingga 40-an.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Banting dan Telok Panglima Garang bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada pukul 1.18 tengah hari.

Berdasarkan maklumat awal, kemalangan berlaku apabila bas milik pejabat SUK mengelak sebuah motosikal jenis Honda EX5.

Semasa kejadian, bas itu membawa 19 kakitangan Mahkamah Shah Alam, manakala pemandu dan pembantunya adalah kakitangan SUK.

“Bas itu terbabas sebelum terjunam ke dalam parit. Enam termasuk empat penumpang wanita cedera parah,” katanya hari ini.

Beliau memaklumkan, penunggang motosikal gagal dikesan. Mangsa yang parah dibawa pasukan perubatan ke Hospital Banting untuk rawatan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI