fbpx

Sepasang burung kenyalang buat ‘kejutan’ di Stadium Tertutup Miri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepasang burung kenyalang yang dijadikan sebagai maskot rasmi Sukma XII hinggap di atas bumbung Stadium Tertutup Miri, sebentar tadi.

MIRI – Satu kejadian menarik berlaku di Stadium Tertutup Miri sebentar tadi, apabila sepasang burung kenyalang kelihatan hinggap di bumbung premis berkenaan.

Kemunculan burung ikonik Sarawak itu, turut menarik perhatian orang ramai yang hadir menyaksikan peringkat suku akhir acara pencak silat kategori olahraga yang berlangsung di stadium tersebut, hari ini.

Ia kerana, sepasang burung kenyalang dijadikan sebagai Satria dan Satrina iaitu maskot rasmi Sukan Malaysia (Sukma) XXI.

Menurut kepercayaan kaum setempat, kehadiran burung kenyalang itu adalah simbol pembawa tuah sekali gus dikatakan menjadi petanda Sarawak akan meraih kemenangan.

Hari ini, bermula acara peringkat suku akhir silat kategori olahraga membabitkan Kelas A, Kelas B, Kelas C, Kelas D, Kelas E, Kelas F, Kelas H dan Kelas Bawah 45 tahun ke bawah.

Kira-kira 11 pesilat Sarawak akan bertanding dalam kategori masing-masing bagi merebut peluang untuk mara ke peringkat separuh akhir dan akhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI