fbpx

‘Sekadar fesyen je’ – Remy Ishak jawab kritikan hidung bersubang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menggayakan 'septum ring' atau subang hidung, pelakon Remy Ishak menyatakan perhiasan tersebut palsu dan sekadar untuk berfesyen.

PETALING JAYA – Menggayakan ‘septum ring’ atau subang hidung, pelakon Remy Ishak menyatakan perhiasan tersebut palsu dan sekadar untuk berfesyen.

Remy atau nama lengkapnya Mohammad Zalimei Ishak, 42, berkata dia cuma ingin tampil dengan gaya baharu sebagai kelainan.

“Yang saya pakai ini hanyalah ‘septum ring’ (subang hidung) palsu.

“Subang ini sekadar fesyen sahaja. Bagilah saya peluang nak cuba gaya baharu,” katanya kepada Kosmo! Online semalam.

Ditanya jika penampilannya itu mengundang kecaman, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu enggan peduli memandangkan dia sudah cukup matang untuk membuat pertimbangan.

“Sewaktu zaman muda dahulu, saya tidak boleh nak buat gaya sebegini. Kalau buat, saya akan teruk dikecam kerana status yang belum berkahwin dan tidak mempunyai anak.

“Pada saya ketika ini, tak mengapa saya dengan gaya seperti ini. Saya tak peduli apa yang orang kata. Lagipun, kini saya sudah ada anak.

“Lantaklah sama ada orang nak kutuk atau tidak,” ujarnya lagi.

Semalam, Remy hadir ke majlis pelancaran drama Viu, The Secret bersama imej baharu berambut pendek dan menggayakan ‘septum ring’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI