fbpx

Wanita bawa pistol mainan larikan gelang emas RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV menunjukkan suspek yang melarikan dua utas gelang emas bernilai RM10,000 di Alor Gajah, Melaka, hari ini.

ALOR GAJAH – Polis memburu dua suspek termasuk seorang wanita yang disyaki melarikan dua utas gelang emas bernilai RM10,000 dari sebuah kedai emas di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, panggilan kecemasan diterima melalui talian MERS 999 pada pukul 12.50 tengah hari memaklumkan satu kes curi telah berlaku di sebuah kedai emas di Jalan Pasar.

Katanya, hasil soal siasat pengadu yang juga merupakan anak pemilik premis memaklumkan, sebelum kejadian suspek wanita telah masuk ke dalam kedai dan berpura-pura ingin melihat gelang tangan emas.

“Pada mulanya pengadu telah serahkan seutas gelang tangan emas yang ingin dilihat suspek dan kemudiannya menyerahkan seutas lagi gelang tangan lain.

“Suspek yang memegang dua gelang emas itu tiba-tiba bangun dari kerusi dan terus berlari masuk ke dalam sebuah Toyota Yaris di hadapan kedai yang di dalamnya ada seorang lelaki sedang menunggu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, ketika suspek bangun dari kerusi, pengadu mendakwa telah terlihat sepucuk pistol disyaki pistol mainan di dalam bag tangan wanita terbabit.

“Premis tersebut bagaimanapun tidak mempunyai rakaman televisyen litar tertutup, namun pihak polis sedang mendapatkan rakaman yang ada di kawasan di luar kedai berkenaan.

“Empat cap jari telah berjaya ditimbulkan dan akan dihantar untuk pengesanan. Kerugian dialami sekitar RM10,000 melibatkan gelang tangan bentuk kait satu stamping berat lebih kurang 15.83 gram dan gelang tangan bentuk dunhill vencon stamping anggaran berat 13.43g,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI