KUANTAN – Istiadat Perkahwinan Diraja Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pasangannya FD Idzham FD Iskandar akan berlangsung selama tiga hari, bermula esok sehingga 25 Ogos ini.
Pengelola Bijaya Diraja Utama, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, istiadat akad nikah akan diadakan esok di Istana Abdulaziz di sini, manakala pada 23 Ogos akan diadakan istiadat berinai bagi pasangan pengantin Diraja ini.
“Istiadat Bersanding akan diadakan pada hari Ahad iaitu 25 Ogos dan semua istiadat akan disiarkan secara langsung melalui dua buah layar besar yang disediakan di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan sebuah layar di Tasik KotaSAS,” katanya.
Tambahnya, pelbagai acara menarik akan diadakan di kedua-dua lokasi iaitu di Dataran MBK dan di Tasik KotaSAS sepanjang tarikh Istiadat Perkahwinan Diraja berlangsung. – KOSMO! ONLINE