fbpx

Penunggang motosikal maut digilis lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOTOSIKAL ditunggang mangsa kemalangan maut di Jalan Lahat, Ipoh, semalam. - Foto IHSAN PDRM

IPOH – Seorang lelaki berusia 21 tahun maut susulan kecederaan parah di kepala akibat digilis sebuah lori selepas terjatuh motosikal dalam kemalangan kira-kira pukul 8.52 pagi di Jalan Lahat, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang datang dari arah Lahat menuju ke Menglembu cuba memintas sebuah motosikal dari laluan sama.

Bagaimanapun katanya, ketika cubaan itu, motosikal ditunggang mangsa telah terlanggar pembahagi tengah jalan menyebabkan kenderaan berkenaan hilang kawalan dan mangsa tercampak ke lorong kiri jalan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI