fbpx

Penduduk tepi laut waspada air pasang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fenomena air pasang besar menyebabkan rumah penduduk di Kampung Kuala Dulang Besar, Yan dimasuki air, semalam. - Foto oleh OTHMAN YAHAYA

SUNGAI PETANI – Bilangan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kampung Sungai Pial, Merbok, di sini meningkat kepada 23 keluarga berbanding 20 keluarga, semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Amirul Asyraf Mohamad Mayidin berkata, berikutan itu jumlah terkini mangsa di PPS pada pukul 12 tengah hari tadi adalah seramai 83 orang berbanding 79 orang, semalam.

“Keadaan banjir ketika ini telah surut dan tiada hujan, namun semua mangsa masih berada di PPS berikutan jangkaan air pasang pada pukul 2 petang ini

“Pihak APM akan terus memantau keadaan cuaca dan orang ramai yang masih belum berpindah dinasihatkan segera berpindah ke PPS jika keadaan semakin buruk,” katanya, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI