fbpx

Pelbagaikan usaha diplomasi ekonomi menerusi BRICS – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyampaikan syarahan umum bertajuk 'Towards a Rising Global South: Leveraging Malaysia-India Ties’ di Sapru House Indian Council of World Affairs (ICWA), semalam.

PETALING JAYA – Malaysia menyasarkan untuk mempelbagaikan usaha diplomasi ekonomi menerusi penyertaan dalam platform antara kerajaan seperti BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia juga mahu meningkatkan kerjasama melalui inisiatif bersama dan perkongsian strategik.

“Penyertaan dalam BRICS tidak hanya mengukuhkan hubungan ekonomi dengan India, namun turut membuka ruang kerjasama luas merentasi spektrum industri dan dasar.

“Saya turut menyentuh naratif Global South yang mana Malaysia percaya ia tidak dapat dielakkan dan kebangkitannya akan memupuk perpaduan dalam kalangan pelbagai negara sambil menerima kepelbagaian dan perbezaan mereka.

“Naratif ini mewakili satu suara yang tidak lagi boleh diabaikan dalam kemunculan aturan antarabangsa dan ia adalah perkara yang tidak dapat dielakkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Towards a Rising Global South: Leveraging Malaysia-India Ties’ di Sapru House Indian Council of World Affairs (ICWA), semalam, sempena lawatan kerja rasmi beliau selama tiga hari ke negara berkenaan.

Tambah Anwar, sebagai pemacu utama kemakmuran global, Global South kini merangkumi kira-kira 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia dan 85 peratus daripada populasi global.

Katanya, menjelang 2030, tiga daripada empat ekonomi terbesar dunia dijangka datang dari Global South antaranya ialah India.

“Saya juga membangkitkan soal kepengerusian ASEAN tahun depan dan memberi jaminan Malaysia akan bekerjasama rapat dengan India dan Rakan Dialog yang lain.

“Saya percaya selaku Rakan Dialog ASEAN, India akan terus memainkan peranan penting dalam memupuk pertumbuhan ekonomi, kerjasama keselamatan, dan pertukaran budaya di seluruh rantau ini.

“Malaysia juga merancang untuk meningkatkan penglibatan antara ASEAN dan Bay of Bengal Initiative for Multi-Sectoral Technical and Economic Cooperation (BIMSTEC),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI