fbpx

Nampak tangan melambai sebelum hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di pantai dekat Taman Seaview, Port Dickson, malam tadi.

PORT DICKSON – Seorang lelaki dikhuatiri lemas dalam kejadian di pantai dekat Taman Seaview, di sini malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan dalam kenyataan memaklumkan, panggilan kecemasan diterima pada pukul 7.50 malam dan jentera bomba tiba di lokasi empat minit kemudian.

“Orang awam memaklumkan nampak tangan melambai sebelum hilang dalam jarak 200 meter dari pantai. Operasi mencari dan menyelamat dijalankan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dengan melakukan pencarian di permukaan air.

“PGO Negeri Sembilan juga telah mohon bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM). Operasi mencari dan menyelamat yang ditangguhkan pukul 1 pagi tadi disambung semula pukul 8 pagi tadi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI