fbpx

Muhyiddin perlu tanggung ‘keculaparan’ sendiri – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika hadir pada sesi bicara penerangan UMNO bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia, hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Tindakan yang diambil terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah kesan ‘keceluparannya’ mempertikaikan peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, Muhyiddin juga seolah-olah tidak dapat menerima hakikat bahawa titah Al-Sultan Abdullah mewujudkan Kerajaan Perpaduan agar tidak berlaku ketidakstabilan di dalam politik tanah air.

“Saya sangat menghormati kenyataan yang dibuat Tengku Mahkota Pahang (Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah) dan tentunya ia merupakan sesuatu yang harus dilihat sebagai kesan daripada keceluparan membangkitkan isu berkenaan,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Zahid juga menyifatkan Muhyiddin sebagai ‘gila talak’ ekoran tidak dilantik semula sebagai Perdana Menteri sebelum ini.

“Orang itu mungkin melihat dari aspek (kegila-tala’an) kerana tidak mendapat jawatan (Perdana Menteri) semula. Ia terpacul dari mulutnya ketika di Nenggiri, dijadikan tapak (untuk mengeluarkan kenyataan).

“Pada hemat saya, ia sangat tidak bertatasusila kepada Duli Yang Amat Mulia Tuanku Agong ke-16,” katanya.

Sebelum ini, Tengku Mahkota Pahang menzahirkan kemurkaan berhubung kenyataan yang dikeluarkan Presiden Bersatu itu.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas tanpa kompromi kepada Muhyiddin yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R (raja, agama, bangsa).

Dalam perkembangan lain, Presiden UMNO menjelaskan satu mesyuarat membabitkan Perhubungan UMNO Negeri Johor akan dibuat minggu hadapan berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

“Kita belum muktamadkan dan kita akan bincang dengan mesyuarat biro politik. Selepas itu kita bawa ke mesyuarat sekretariat Kerajaan Perpaduan untuk berikan pemakluman,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI