fbpx

MSN fokus bangunkan atlet sukan ‘lasak’ ke Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUKAN memanjat termasuk speed climbing antara yang bakal diberikan perhatian oleh MSN dalam melahirkan atlet berprestasi tinggi untuk saingan pentas Olimpik nanti.

MAJLIS Sukan Negara (MSN) bakal mengatur perancangan lebih tersusun terutama membangunkan atlet berprestasi tinggi dalam sukan-sukan lasak yang telah dipertandingkan di Sukan Olimpik Paris 2024 yang berakhir minggu lalu.

Sukan baharu yang dipertandingkan di Paris seperti papan selaju, memanjat dan luncur ombak mula mendapat perhatian negara-negara Asia mahupun di rantau ini.

Tidak mengejutkan, Indonesia yang menghantar empat atlet dalam sukan memanjat berjaya meraih satu pingat emas menerusi Veddriq Leonardo yang mencipta sejarah meraih kemenangan acara speed climbing lelaki.

Pengarah MSN, Abdul Rashid Yaakub berkata, pihaknya merancang untuk melahirkan atlet berprestasi tinggi dalam sukan tersebut memandangkan ia telahpun bertapak di Malaysia.

“Berdasarkan Sukan Olimpik Paris 2024, kita dapat melihat bahawa beberapa sukan baru telah diperkenalkan dan sukan-sukan ini nampaknya berpotensi untuk memberikan peluang kepada negara-negara seperti kita.

“Sebagai contoh, negara jiran kita seperti Indonesia telah berjaya memenangi pingat dalam sukan-sukan seumpama ini.

“Mungkin sukan-sukan ini sesuai dengan rakyat Malaysia. Jadi, kita perlu melihat dari sudut itu. Sukan-sukan ini sudah mula bertapak di Malaysia dan kita perlu mencari serta mengembangkan atlet untuk mencapai tahap berprestasi tinggi.

“Pada masa ini, sukan-sukan tersebut berada pada peringkat sosial. Oleh itu, kita perlu menilai bagaimana kita boleh mengangkat sukan-sukan ini ke peringkat prestasi yang lebih tinggi selepas ini,” katanya.

Ketika ditanya perancangan MSN selepas ini, Abdul Rashid menegaskan pihaknya akan melakukan kerjasama dengan pihak persatuan terutama membangunkan program lebih tersusun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI