fbpx

MSAM Run 2024 pupuk budaya menabung serendah RM10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih daripada 3,500 peserta telah mengambil bahagian dalam MSAM Run anjuran Permodalan Nasional Berhad.

PETALING JAYA – Lebih 3,500 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam acara larian sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 (MSAM Run 2024).

Program larian anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu bukan sahaja mengetengahkan gaya hidup sihat, malah memberi tumpuan kepada budaya menabung dalam kalangan pesertanya.

PNB dalam satu kenyataan memaklumkan, dalam usaha untuk memupuk minda menabung, pihaknya telah merangka acara tahun ini dengan lebih inovatif berbanding tahun-tahun sebelumnya.

MSAM Run 2024 menyediakan hadiah cabutan bertuah utama seperti e-Bike dan jam tangan sukan bernilai RM1,000.

“Pelaburan nominal sebanyak RM10 ke dalam dana ASNB memastikan peserta layak menyertai larian tersebut, beserta kit larian dan pelbagai manfaat tambahan.

“Komitmen kewangan yang kecil ini bukan sahaja menambah nilai kepada pengalaman acara tetapi juga secara tidak langsung menggalakkan peserta untuk membentuk tabiat menabung yang lebih baik.

“Dengan menggabungkan pendekatan ini, acara ini bertujuan untuk menekankan kepentingan tanggungjawab kewangan dan menyokong matlamat yang lebih luas mengenai literasi kewangan,” kata kenyataan itu.

Mengulas mengenai MSAM Run 2024, PNB berkata, terdapat dua kategori iaitu larian 5 kilomter (km) dan 10km dengan pelbagai tawaran hadiah yang menarik termasuklah motosikal elektrik (e-Bike) serta tiga hadiah premium berupa jam tangan sukan bernilai RM1,000 setiap satu.

Turut hadir memeriahkan acara, Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, Pegawai Daerah Petaling, Rahilah Rahmat serta beberapa barisan tetamu kehormat yang mewakili PNB dan negeri Selangor.

MSAM 2024 merupakan sebuah karnival literasi kewangan terbesar negara dengan membawa tema ‘Kukuhkan hidup anda di MSAM’ dan akan berlangsung bermula esok hingga 25 Ogos ini di Setia City Convention Centre, Setia Alam.

Kemasukan adalah percuma dan pengunjung dialu-alukan untuk menyertai program dan aktiviti yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi MSAM di https://www.pnb.com.my/msam/ dan platform media sosial rasmi MSAM, Instagram: minggusahamdigital; dan Facebook: Minggu Saham Amanah Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI