fbpx

Kertas siasatan laporan pertukaran pegawai Bukit Aman diserah AGC minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusdi berkata, kertas siasatan babit laporan MalaysiaKini akan diserahkan kepada AGC, minggu ini.

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan membabitkan laporan sebuah portal yang mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang rombakan secara besar-besaran melibatkan pertukaran pegawai tertingginya, akan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara (AGC), minggu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan seterusnya akan diserahkan kepada AGC untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, seramai empat individu dipanggil termasuk tiga wartawan portal berkenaan. Kertas siasatan akan diserah kepada AGC minggu ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

9 Ogos lalu, media melaporkan tiga wartawan portal berkenaan B. Nantha Kumar, Hariz Mohd dan Shahrin Aizat Noorshahrizam dipanggil bagi dirakam keterangan berhubung laporan mengenai dakwaan bahawa PDRM merancang rombakan besar-besaran melibatkan pertukaran pegawai tertingginya, termasuk membabitkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bertindak menyelar spekulasi mengenai rombakan itu sebagai ‘tidak benar’ kerana tiada kenyataan rasmi dikeluarkan Bukit Aman.

Peguam yang mewakili ketiga-tiga wartawan berkenaan Rajsurian Pillai berkata, sebanyak 27 soalan diajukan kepada setiap seorang daripada mereka.

Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI