fbpx

Juruukur UniSZA terima rasuah Yamaha Y15ZR didenda RM12,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malike (kiri) didenda RM12,500 kerana mengaku bersalah lima pertuduhan menerima rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Sikap tamak seorang juruukur bahan kanan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima rasuah termasuk sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR, lima tahun lalu membawa padah apabila dia didenda RM12,500 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Hakim Mohd. Azhar Othman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Malike Mohamed, 52, membuat pengakuan bersalah terhadap lima pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didenda RM2,500 bagi kelima-lima pertuduhan selain motosikal Yamaha Y15ZR diperintah agar dilucut hak kepada kerajaan.

Sebelum ini, tertuduh menghadapi sembilan pertuduhan rasuah iaitu lapan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 manakala satu mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Dia didakwa menerima suapan berupa wang tunai berjumlah keseluruhan RM14,500 daripada sebuah syarikat sebagai dorongan melancarkan tuntutan bayaran berkaitan kerja-kerja rasmi terhadap UniSZA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI