fbpx

Jumpa anggota badan dalam perut buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan buaya gergasi yang membaham mangsa di Maluku. - Istimewa

JAKARTA – Seorang wanita terbunuh akibat dibaham seekor buaya gergasi berukuran 4 meter panjang di di Buru Selatan, wilayah Maluku, lapor saluran berita Detik.

Kejadian berlaku di Kampung Wali sekitar pukul 10.15 pagi (waktu tempatan) semalam. 

Menurut Ketua Polis Namrole, Asisten Komisioner Polis Eka Bayu Budhiawan, pihaknya mendapat maklumat daripada ketua kampung mengenai penemuan itu.

Menurut Eka, ketua kampung memaklumkan menemui seekor buaya yang dipercayai membaham mangsa yang tidak dikenali di sungai Kali Wali. 

“Ketua Kampung Wali menghubungi polis berhubung kejadian itu dan meminta untuk melakukan pemburuan segera,” katanya. 

“Polis turut dibantu oleh pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat di tempat kejadian,” tambahnya lagi. 

Jelas Eka, semasa pemeriksaan, salah seorang anggota TNI berjaya menemukan reptilia tersebut lalu menembaknya. 

“Anggota TNI melepaskan empat das tembakan sehingga ia mati,” tambahnya.

Susulan itu, pegawai dan penduduk tempatan membelah perut buaya tersebut dan menemui sebahagian anggota badan dipercayai milik mangsa. 

Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan, mangsa dikenali sebagai Halima Rahakbauw, 54.

Dia dikatakan sedang mandi di sungai tersebut pada pagi semalam apabila reptilia itu menyerangnya.

Jiran mangsa, Rustam Ilyas berkata, saudara-mara dan rakan-rakan memulakan pencarian apabila wanita tersebut tidak pulang ke rumah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI